KURSUS KECEMERLANGAN DALAM MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN

Oleh: Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
UNSUR-UNSUR SISTEM PEMBELAJARAN YANG CEMERLANG
PERSEKITARAN YANG KONDUSIF
Proses pembelajaran dipengaruhi oleh suasana dan keadaan persekitaran. Suasana yang kondusif akan membantu dan merangsang pembelajaran manakala suasana yang kurang kondusif akan menghalang pembelajaran yang berkesan.
Setiap pelajar harus mengubahsuai persekitaran tempat ia belajar agar wujud suasana yang menyeronokkan. Ini termasuklah:
1. Mengubahsuai kedudukan kerusi meja tempat belajar(agar tidak membelakangi kiblat).
2. Menambah gambar-gambar yang dapat menenangkan fikiran dan diharuskan syarak.
3. Menampal poster mengandungi slogan atau kata-kata hikmat yang dapat merangsang minat untuk belajar.
4. Mengemaskan keadaan sekeliling agar tersusun.
5. Memastikan cahaya lampu memadai untuk membaca dengan selesa.
6. Keadaan hawa bilik yang selesa.
7. Suasana yang tiada gangguan dan kebisingan.
SIKAP POSITIF DAN MOTIVASI YANG TINGGI
Tidak ada individu yang dapat meningkatkan diri melebihi gambaran yang terukir dalam minda. Justeru itu setiap pelajar perlu membentuk gambaran yang positif dan cemerlang dalam minda. Kawal tindakan dan rangsangan kendiri(self-talk) agar membentuk dorongan yang tinggi.
Setiap masalah atau halangan perlu diatasi dengan memasukkan dalam minda kita maklumat-maklumat yang positif. Kawal corak pemikiran kita dengan mengawal pergerakan badan dan mimik muka.
STRATEGI DAN TEKNIK PEMBELAJARAN
Dengan mengguna strategi dan teknik pembelajaran yang efektif, seseorang pelajar akan dapat:
Keseronokan semasa belajar
Meningkatkan kepantasan membaca
Meningkatkan konsentrasi semasa membaca
Kefahaman yang lebih mendalam
Meningkatkan memori
Strategi dan teknik pembelajaran yang cemerlang melibatkan sembilan aktiviti seperti berikut:
1. Stail pembelajaran
2. Jenis pembelajaran
3. Teknik merangsang memori
4. Teknik membaca
5. Petua membuat nota
6. Petua mengulangkaji
7. Teknik menguatkan daya pengingatan
8. Matlamat pembelajaran
9. Kaedah mendorong diri
STRATEGI DAN TEKNIK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Strategi dan teknik menghadapi peperiksaan akan membantu pelajar untuk dapat:
• Membuat persediaan untuk peperiksaan dengan lebih teliti dan berkesan.
• Menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin dan bersemangat.
• Menjalani peperiksaan dengan tenang dan sistematik.
• Menghasilkan pencapaian akademik yang cemerlang.
RIADAH DAN KECEMERLANGAN OTAK
Otak yang cemerlang datangnya dari badan yang sihat. Justeru itu setiap pelajar perlu merancang masa agar dapat menjalankan kegiatan riadah mengikut kaedah yang betul dan dilakukan secara berterusan.
DOA, PEMOKUSAN DAN PRESTASI
Kekuatan mental datangnya dari solat,doa dan pemokusan pemikiran. Seseorang pelajar yang sentiasa menjaga solatnya,selalu berdoa dan mempunyai matlamat yang terfokus akan mempunyai kekuatan mental yang kental,bermotivasi dan menghasilkan prestasi yang cemerlang.
CIRI-CIRI PELAJAR YANG CEMERLANG
1. Taat kepada Allah.
2. Bermotivasi tinggi dan sentiasa menjalankan sebarang kegiatan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan.
3. Mahir mengenai strategi dan teknik pembelajaran yang berkesan dan tekun belajar.
4. Mahir mengenai strategi dan teknik menghadapi peperiksaan.
5. Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan untuk mereka.
6. Menghormati dan menyayangi guru dan tidak segan bertanya dan berinteraksi dengan guru.
7. Suka kepada setiap mata pelajaran yang dipelajari.
8. Berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersikap positif.
9. Bersedia membantu kawan yang memerlukan bantuan.
10. Mempunyai imej diri yang positif.
11. Memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada diri sendiri.
12. Menjalani kegiatan riadah untuk menjaga kesihatan badan.
13. Mengamalkan kaedah pemakanan yang seimbang dan sihat serta mengelakkan memakan bahan-bahan yang boleh melemahkan daya pemikiran dan memori.
14. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
15. Sentiasa bertawakkal.
RENUNGAN MENGENAI DIRI
Minda pelajar dapat dirangsang dengan menghayati petikan-petikan berikut:
 Orang yang cemerlang menunjukkan hasil. Orang yang gagal memberikan alasan.
 Pembangunan diri itu mengandungi tiga tahap: Iman, Ihsan (sentiasa membaiki diri), dan Itqan (kesempurnaan)
 Seseorang yang mempunyai dua hari yang tidak berbeza (dari segi pencapaian) pasti akan menemui kegagalan.(HR : Al-Dailami)
 Kebanyakan kita cuma mengenali sedikit mengenai diri kita. Terlalu banyak aspek dan sumber-sumber peribadi yang kita tidak ketahui. Kita masih belum kenal APA kita dan SIAPA kita sebenarnya!
 Setelah kita mengenali diri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak milik kita.
 Secara sedar atau tidak sedar, kita yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.
 Kita merupakan natijah dari apa yang kita fikirkan tentang diri kita.
 Sejak lahir kita mengumpulkan beratus-ratus idea, mengenai diri kita sama ada baik atau jahat, pandai atau bodoh, berani atau penakut dan sebagainya. Melalui ulangan, identiti yang tidak mencerminkan keadaan sebenar diri kita akan terpahat dalam minda dan membentuk imej kendiri kita. Imej kendiri yang palsu ini yang menghantui diri kita sepanjang hayat.
 Oleh kerana semua orang ingin berjaya, mencipta kejayaan lebih mudah dari mencipta kegagalan.
 Ramai orang yang menyeksa diri dengan memikirkan kesusahan atau masalah yang belum tentu akan berlaku.
 Ramai manusia yang gagal dalam hidup kerana membesar-besarkan perkara kecil.
 Manusia tidak malas tetapi mereka mempunyai matlamat yang mati, yakni matlamat yang tidak merangsang mereka.
 Pegangan yang bodoh dan sia-sia ialah:
Melakukan sesuatu yang sama berulang-ulang tetapi mengharapkan hasil yang berbeza-beza.
 Cara bertindak yang membawa kejayaan hari ini mungkin menjadi penghalang kepada hari esok. Justeru itu kita perlu bersedia untuk berubah.
 Kita adalah kejadian yang sempurna tetapi apa yang kita lakukan yang selalunya kurang sempurna.
 Untuk menangani masalah dunia, kita perlu menangani masalah peribadi terlebih dahulu.
 Kebanyakan halangan dalaman dan luaran yang membantutkan kecemerlangan seseorang individu sering dibentuk oleh individu itu sendiri.
 Ramai di antara kita yang sudah mati semasa muda tetapi dikuburkan setelah tua!
 Semua masalah dan penyakit manusia bermula dengan pemikiran yang negatif atau pemikiran yang kotor.
 Orang yang sombong adalah orang tidak berdoa dan Allah benci pada orang yang sombong.
 Sesungguhnya Allah sangat mengasihi seseorang yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan, mereka melakukannya dengan cara yang paling baik.
 Sabda Rasulullah s.a.w: Siapa yang berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan dari jalan-jalan syurga.
 Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang Fisabilillah hingga kembali.
 Semua kejayaan bermula dengan keyakinan. AKU BOLEH!
 Sebagai seorang insan, kita tidak boleh gagal dalam hidup ini. Kita dicipta bukan untuk gagal.
KEHEBATAN OTAK MANUSIA
Orang yang jarang berfikir, paling minimum mempunyai 10, 000, 000, 000 sel otak (neurons).
Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1, 000, 000, 000, 000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir, semakin banyak sel otak yang terbentuk.
Otak kita mampu menampung sekurang-kurangnya 300 kemahiran!
Manusia hanya menggunakan 5-10% dari otaknya.
LABEL DALAM MINDA DAN PRESTASI
Apakah label yang kita berikan pada diri kita?
 Tegas/Pemalu
 Mudah mesra/Sombong
 Pendiam/Peramah
 Pintar/Bodoh
 Sabar/Pemarah
 Rajin/Malas
 Aspirasi tinggi/Mudah berpuas hati
 Cekal/Mudah patah semangat
 Dedikasi/Sambil lewa
 Penakut/Berani
 Cergas/Lembab
 Yakin/Kurang yakin
 Gagal/Cemerlang
Label negatif atau yang tidak cemerlang mempengaruhi perlakuan dan prestasi kita dengan membatasi potensi.
Untuk mengubah sikap, perlakuan dan seterusnya membangunkan diri,label dalam minda perlu diubah terlebih dahulu. Tanpa mengubah label,kita tidak akan dapat mengubah perlakuan dan prestasi kita.
Tolak ke tepi label lama dengan dengan membentuk label baru.
KENAPA MANUSIA TIDAK BERMOTIVASI
1. Tiada matlamat yang jelas.
2. Tidak menilai diri.
3. Tidak kenal kehebatan diri.
4. Tidak tahu cara untuk dorong diri.
5. Dikuasai pemikiran yang negatif.
6. Imej diri yang negatif.
7. Dipengaruhi oleh persekitaran.
8. Tidak berdoa.
9. Tidak tahu urus diri.
10. Bodoh sombong.
CIRI-CIRI ORANG YANG BERMOTIVASI
1. Sentiasa awal dan mendahului.
2. Sentiasa bersemangat.
3. Sentiasa tekun dan rajin.
4. Sentiasa positif dan optimis.
5. Kenal potensi dan kehebatan diri.
6. Sentiasa cekal dan tabah.
7. Sentiasa memperbaiki diri dan keadaan
8. Sentiasa menghasilkan kerja yang cemerlang.
9. Sentiasa bersyukur.
10. Sentiasa berdoa.
11. Sentiasa tawadduk.
TEKNIK MELATIH DIRI UNTUK BERJAYA
1. Kuasai diri dan sedar bahawa :
o Ada perkara dalam diri perlu diubah.
o Ingat diri bahawa kita yang perlu mengubahnya. Jangan berharap pada orang lain.
o Yakin bahawa, Insya Allah kita boleh mengubahnya.
2. Gugat pertalian semasa yang menghalang kejayaan.
o Lakukan sesuatu yang positif dan yang luar biasa untuk menggugat pertalian semasa.
o Jika cukup gugup-kita tidak akan kembali ke perangai lama.
3. Bentuk pertalian baru yang berpengaruh (empowering) sehingga menjadi sebati.
4. Bentuk komitmen diri yang tinggi dan latih diri supaya percaya pada orang lain.
5. Tukar perlakuan untuk mengubah perasaan. Perlakuan ini disebut sebagai “gerak pemulihan ’’ (power moves).Ini dapat dicapai dengan melakukan sesuatu gerak yang tertentu yang dapat memulih atau menaikkan semangat kita. Contohnya, menumbuk ke udara sambil menjerit “YA!!”
Perkataan yang perlu dilupakan
Saya tidak boleh Jika hanya
Saya akan cuba Ya,tetapi
Saya terpaksa Masalah
Saya harus Susah
Saya mungkin boleh Tekanan
Satu hari
Perkataan yang perlu diingat
Saya boleh Lain kali
Saya akan buat Saya faham
Saya mahu Peluang
Saya mesti Mencabar
Matlamat saya Motivasi
Pada hari ini

35 PETUA PELAJAR CEMERLANG
1. Pelajar yang cemerlang menggunakan kedua-dua otak kanan dan otak kiri mereka.Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti-aktiviti otak kanan dan otak kiri.
2. Pelajar yang cemerlang merancang ke semua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
 Kita ingat cuma 10% dari apa yang dibaca.
 Kita ingat cuma 20% dari apa yang kita dengar.
 Kita ingat 50% dari apa yang didengar dan dilihat.
 Kita ingat 70% dari apa yang dicakapkannya.
 Kita ingat 90% setelah dipratikkannya.
Oleh kerana itu lagi banyak kita menggunakan deria kita, lagi mudah bagi kita untuk mengingat.
3. Pelajar yang cemerlang belajar secara aktif dengan pen/pensel di tangan.
4. Pelajar yang cemerlang belajar tiga jam satu hari atau 20 jam satu minggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Pelajar yang cemerlang belajar di dalam persekitaran yang kondusif.
a. Pastikan cahaya adalah terang.
b. Kurangkan gangguan bising/muzik.
c. Tampal poster mengandungi slogan atau kata-kata hikmat yang dapat merangsang minat untuk belajar.
d. Tampal gambar-gambar yang dapat menenangkan fikiran dan diharuskan oleh syarak.
e. Ubahsuai kedudukan kerusi dan meja tempat belajar agar tidak membelakangkan kiblat.
f. Jangan lupa untuk senyum.
6. Pelajar yang cemerlang tidak ponteng kelas. Tidak ada petua yang lebih mudah tetapi penting daripada ini. Sekiranya kita ‘miss’ kelas, dapatkan nota dari kawan.
7. Pelajar yang cemerlang mempunyai dua jenis pembelajaran iaitu:
a. ‘Input Learning’ iaitu belajar untuk memasukan maklumat dalam sel otak. Input Learning dapat dilakukan dengan banyak membaca, mengkaji, mengingat dan mendengar.
b. ‘Output Learning’ iaitu belajar untuk melatih sel otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Output Learning dapat dilakukan dengan membaca nota/buku, ingat kembali, lakar/tulis, semak, sebut apa yang difahami dan jawab soalan yang lepas atau soalan dalam buku.
8. Pelajar yang cemerlang tahu teknik merangsang memori.
a. Memasukkan maklumat dalam memori (registration).
b. Menyimpan maklumat dalam sel memori (retention).
c. Mengingatkan kembali (recall).
d. Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan yang lain (application).
9. Pelajar yang cemerlang sentiasa awal dan mendahului.
a. Persediaan awal akan memberi permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
b. Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kecemerlangan. KEJAYAAN SELALUNYA MENJADI PENDORONG YANG TERBAIK.
c. Belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
Untuk sentiasa awal dan mendahului, pelajar cemerlang dapatkan buku teks sebelum kelas bermula dan baca sekurang-kurangnya bab 1 dan bab 2.
10. Pelajar yang cemerlang berbuat baik dengan guru mereka. Mereka sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka.
11. Pelajar yang cemerlang mempunyai teknik membaca yang betul.
a. Duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul.
b. Memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap apa yang dibaca dengan mengelakkan sebarang gangguan atau kebisingan.
c. Menggunakan jari telunjuk untuk membaca.
d. Menyesuaikan kelajuan membaca dengan tahap kesukaran bahan yang dibaca.
12. Pelajar yang cemerlang sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh-tangguh dari kemalasan.
13. Pelajar yang cemerlang sentiasa membaca doa penerang hati setiap hari selepas sembahyang, sebelum membaca dan juga sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Pelajar yang cemerlang tidak membuang masa belajar ketika terlalu letih. Kita mudah mengingat sesuatu semasa kita segar dan kita susah mengingat sesuatu semasa kita penat.
15. Pelajar yang cemerlang belajar atau mengulang kaji dalam sesi-sesi yang pendek dan padat (20minit). Kita perlu adakan waktu-waktu rehat (2-3 minit) di antara sesi-sesi tersebut. Pembelajaran secara aktif tidak boleh berterusan selama berjam-jam lamanya.
16. Pelajar yang cemerlang belajar mengikut waktu yang paling sesuai dengan diri mereka (study according to your biological clock). Waktu bagaimanapun mereka tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas sembahyang, selepas baca Al-Quran/zikir, selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Pelajar yang cemerlang mengulang kaji secepat mungkin. Salah satu waktu yang terpenting adalah ulangkaji ringkas selepas kelas (kita akan lupa 80% apa yang kita pelajari jika tidak mengulang kaji dalam masa 24 jam.
18. Pelajar yang cemerlang mengulang kaji secara persendirian dan juga secara berkumpulan.
19. Pelajar yang cemerlang memahami bahawa mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran yang terpenting untuk menghadapi peperiksaan. Sekiranya kita mengulangkaji dengan sistematik kita tidak akan tertekan ketika menghadapi peperiksaan.
20. Pelajar yang cemerlang mengulang kaji semua pelajaran berulang-ulang kali (jangan ulangkaji sekali sahaja). Lebih kerap kita mengulang kaji lebih mudah kita memahami dan mengingatinya.
21. Pelajar yang cemerlang mengulang kaji apabila mereka mulai terlupa.
22. Pelajar yang cemerlang mengetahui petua mengulang kaji.
a. Cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita.
b. Siapkan semua ‘bekalan’ dengan selesa.
c. Duduk tegak di kerusi dengan sempurna.
d. Baca doa penerang hati.
e. Baca buku atau nota mengikut teknik membaca dengan betul.
f. Fikir dan ingat kembali isi utama bahan yang telah dibaca.
g. Semak semula ketetapan maklumat.
h. Catat atau lakar.
i. Ulang sebut atau cerita pada orang lain.
j. Buat rumusan atau nemonik.
k. Cuba jawab soalan peperiksaan yang lepas atau soalan dalam buku.
l. Tampal maklumat yang rumit di dinding.
m. Baca doa tanda kesyukuran kerana dapat belajar dengan cemerlang.
23. Pelajar yang cemerlang tahu memberi ganjaran pada diri sendiri selepas /mengulang kaji dengan membaca surat khabar, membaca majalah, bersenam dalam bilik, menelefon kawan, bersiar-siar di kebun, bersukan, melawat kawan. Makan/minum atau lain-lain aktiviti yang menyeronokkan dan menyegarkan otak.
24. Pelajar yang cemerlang mengetahui petua-petua tidak menjadi pelupa.
a. Elakkan makan kepala ikan.
b. Elakkan makan ‘bahan dalaman’.
c. Elakkan minum semasa makan.
d. Elakkan minum/makan minuman/makanan yang tercemar dengan semut.
e. Elak makan sehingga menjadi terlalu kenyang.
f. Elakkan kencing berdiri.
g. Elakkan melihat kemaluan.
h. Elakkan membaca nama di batu nisan.
i. Elakkan melihat salib.
j. Banyakkan makan makanan yang mengandungi kacang soya seperti tempe, tauhu, taufu fah, air tauhu dan lain-lain.
k. Banyakkan makan kismis, kurma dan madu.
l. Banyakkan makan buah badam.
m. Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan.
25. Pelajar yang cemerlang mempunyai kemahiran mengingat.
a. Tampal nota-nota penting di dinding (membantu mengingat melalui ‘Subliminal Learning. )
b. Pemerihalan bergambar (tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah).
c. Bentuk menomik (gabungan huruf pertama dan kata-kata kunci untuk membentuk perkataan baru).
d. Kaitkan dengan cerita (reka cerita mengenai perkataan atau konsep yang perlu diingat-lagi unik cerita lagi baik).
e. Pecahkan. (Pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil dan analisis secara logik perkaitannya).
26. Pelajar yang cemerlang cekap mengatur jadual belajar/mengulang kaji.
a. Mempunyai jadual belajar.
b. Patuh kepada jadual.
c. Buat jadual yang boleh diikuti.
27. Pelajar yang cemerlang tidak menangguh belajar ke saat akhir dan tidak memerlukan peperiksaan sebagai dorongan belajar.
28. Pelajar yang cemerlang sentiasa mencari bahan-bahan mata pelajaran yang dia masih tak tahu. Adalah lebih baik kita mengetahui apa yang kita tidak tahu sekarang daripada ketika masa sudah terlalu suntuk. Senaraikan perkara-perkara /soalan-soalan yang kita tidak tahu dan secara beransur-ansur dapatkan penyelesaiannya. Tanyakan guru-guru atau kawan-kawan tentang perkara-perkara yang kita benar-benar tidak fahami.
29. Pelajar yang cemerlang membina kepelbagaian (variety) di dalam pembelajaran. Contohnya sekiranya kita belajar, janganlah seluruh masa dalam satu hari kita belajar satu mata pelajaran sahaja. Gunakan masa untuk membaca, kemudian kita membuat latihan matematik. Selepas itu kita buat sedikit perancangan pembelajaran untuk minggu hadapan. Di samping itu gunakan sedikit masa untuk mengulang kaji mata pelajaran yang sudah mulai terlupa dan seterusnya. Perubahan topik adalah sama baik dengan berehat. Kita akan dapat lebih kekesanan sekiranya otak kita diberi tugasan yang berlainan dan bukan satu tugasan yang serupa dalam satu jangka masa yang panjang.
30. Pelajaran yang cemerlang menggunakan masa-masa ‘spare’ dengan berfaedah. Kekadang dalam hari-hari yang sibuk pun kita ada ruang-ruang masa yang terbiar. Misalnya masa di antara kedatangan guru B selepas guru A beredar dari kelas atau masa kita sedang menunggu bas atau masa-masa lapang di antara kesibukan kerja di rumah. Gunakan masa ruang ini untuk membuat tugasan-tugasan kecil- seperti mencatatkan dua atau tiga idea dari salah satu kelas minggu lepas. Kita akan terkejut dengan hakikat bahawa banyak perkara yang produktif dapat dibuat pada masa-masa itu.
31. Pelajar yang cemerlang sentiasa ada sesuatu yang ia boleh belajar walaupun di mana-mana. Tidak perlu untuk kita membawa semua buku-buku dan nota-nota kita ke mana-mana kita pergi sepanjang hari- tetapi adalah baik sekiranya kita membawa buku kecil atau kad-kad nota ringkas bersama-sama kita. Sekiranya kita terpaksa menunggu lama di klinik atau sekiranya bapa kita tiba-tiba mengajak kita singgah di rumah atuk misalnya, kita ada bahan untuk dibaca.
32. Pelajar yang cemerlang tidak belajar di tempat yang “favourite’ sahaja. Kebanyakan orang suka tempat khusus untuk belajar seperti di perpustakaan atau di meja study di bilik sendiri. Sekiranya kita berbuat demikian, amalan ini akan menyebabkan kita mudah untuk memberi alasan untuk tidak belajar di tempat-tempat atau di waktu-waktu yang lain.
33. Pelajar yang cemerlang menyedari bahawa guru-guru adalah sumber ilmu yang sangat bernilai. Guru-guru setiap mata pelajaran telah berkecimpung dalam mata pelajaran tersebut bertahun-tahun lamanya. Oleh kerana itu, sekiranya kita tidak memahami tentang satu-satu topik pastikan kita bertanya pada guru tersebut.
34. Pelajar yang cemerlang menjadikan buku dan notanya terserlah. Kita kena pastikan supaya kita dapat mengenal pasti idea atau konsep penting pada tiap-tiap muka surat dengan sekali imbas. Ini dapat dilakukan dengan menggariskan maklumat yang penting menggunakan pen warna atau ‘mengkotakkan’ kata-kata kunci atau menggunakan ‘highlighters’ ataupun membuat corak-corak tertentu pada perkara-perkara penting.
35. Pelajar yang cemerlang mempunyai ciri-ciri yang cemerlang.
a. Taat kepada Allah s.w.t.
b. Mendirikan solat.
c. Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan untuk mereka.
d. Menghormati dan menyayangiguru.
e. Bermotivasi tinggi dan sentiasa menjalan sebarang kegiatan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan.
f. Mahir mengenai kaedah belajar.
g. Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari.
h. Bersedia membantu kawan yang memerlukan bantuan.
i. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
j. Sentiasa bertawakal.

Tujuh Teori Motivasi

Pada umumnya para ahli teori perilaku beropini bahwa dalam setiap perilakunya manusia mempunyai tujuan yang hendak dicapai. Keberadaan tujuan tersebut, menjadi tumpuan sinergi dengan para ahli teori motivasi yang berusaha berfikir dan mencari cara agar manusia dapat didorong berkontribusi memenuhi kebuntuhan dan keinginan organisasi. Tenaga kerja penting dimotivasi untuk mencapai tujuan organisasi. Tanpa motivasi mereka bekerja dalam keadaan sakit hati yang menjurus pada ketiadaan kontribusi bahkan terbuka peluang kontribusi yang merugikan.

Teori hierarkhi kebutuhan Maslow menyiratkan manusia bekerja dimotivasi oleh kebutuhan yang sesuai dengan waktu, keadaan serta pengalamannya. Tenaga kerja termotivasi oleh kebutuhan yang belum terpenuhi dimana tingkat kebutuhan yang lebih tinggi muncul setelah tingkatan sebelumnya. Masing-masing tingkatan kebutuhan tersebut, tidak lain : kebutuhan fisiologis, rasa aman, sosial, penghargaan, perwujudan diri. Dari fisiologis bergerak ke tingkat kebutuhan tertinggi, yaitu, perwujudan diri secara bertahap. Terlepas menerima atau tidak kebutuhan berhierarkhi, mengetahui jenis-jenisnya adalah memberikan kontribusi silang saling memenuhi. Seperti seseorang berusaha keras mencari pekerjaan yang tidak lain mengimplementasikan kemampuannya untuk memenuhi kebutuhan fisiologis. Lantas bagaimana dengan fakta bayi yang baru dilahirkan adalah bukan langsung makan tetapi dia menangis yang tidak lain kebutuhan sosial. Juga masih tentang bayi, beberapa penelitian membuktikan bayi menangis jika ingin disusui oleh ibunya. Yang paling tidak lucu tampak kejadian banyak perusahaan merekrut tenaga penjualan langsung dengan syarat memiliki kendaraan beroda empat (Mobil).
Secara umum diketahui Frederick Herbertg berteori dua situasi yang mempengaruhi tenaga kerja saat bekerja. Situasi pertama,yaitu, pemuasan yang berarti sumber kepuasan kerja seperti:prestasi, pengukuhan hasil kerja, daya tarik pekerjaan, dan tanggung jawab serta kemajuan. Situasi kedua tidak lain ketidak puasan yang bersumber dari: kebijakan, supervisi, uang, status, rasa aman, hubungan antar manusia, dan kondisi kerja. Dalam hal ini, jika situasi pertama tidak ada tidak menimbulkan ketidak puasan berlebihan. Karena ketidakpuasan muncul dari tidak memperhatikan situasi kedua. Perhatian terhadap indikator situasi pertama menjadi motivasi tenaga kerja dalam bekerja. Tampak berbasis teori ini jika ingin tenaga kerja termotivasi maka mesti memberikan situasi pertama.
Kemudian Mc Gregor terkenal dengan teori X dan teori Y. Teori X memberikan petuah manajer harus memberikan pengawasan yang ketat, tugas-tugas yang jelas, dan menetapkan imbalan atau hukuman. Hal tersebut, karena manusia lebih suka diawasi daripada bebas, segan bertanggung jawab, malas dan ingin aman saja, motivasi utamanya memperoleh uang dan takut sanksi. Sebaliknya teori Y mengarahkan manajer mesti terbuka dan mendorong inisiatif kompetensi tenaga kerja. Teori Y berasumsi manusia suka kerja, sebab bekerja tidak lain aktifitas alami. Pengawasan sendiri bersifat esensial. Dengan demikian, teori X kurang baik dan teori Y adalah baik. Tidak ..tidak demikian melainkan secara bijak teori X dan Y digunakan sesuai keadaan. Terkadang mesti egois, dan terkadang juga demokratis.
Intensitas motif seseorang melakukan sesuatu adalah fungsi nilai setiap hasil yang mungkin dicapai dengan persepsi kegunaannya. Motivasi sama dengan hasil dikali nilai terus hasil perhitungannya dikalikan kembali dengan ekspektasi. Akan tetapi hal tersebut, bersyarat manusia meletakkan nilai kepada sesuatu yang diharapkannya dan mempertimbangkan keyakinan memberi sumbangan terhadap tujuan. Lantas kemampuan bekerja dan persepsi yang akurat tentang peranannya dalam organisasi diperlukan. Demikian itu, merupakan teori motivasi harapan dimana Vroom ialah orang yang menelurkannya. Sedangkan Porter dan Lawler memberikan peringatan persepsi usahayang dilatarbelakangi kemampuan dan peranan kerjanya menghasilkan cara kerja yang efektif untuk mencapai prestasi baik inisiatif sendiri maupun bukan inisiatif sendiri sehingga memperoleh imbalan yang layak dan kepuasan.
Teori motivasi prestasi menegaskan manusia bekerja didorong oleh kebutuhan prestasi, afiliasi, dan kekuasaan. Kebutuhan prestasi tercermin dari keinginan seseorang mengambil tugas secara konsisten bertanggung jawab dimana untuk mencapai tujuannya ia berani mengahdapi risiko serta memperhatikan feedback. Kebutuhan afiliasi ditunjukan oleh keinginan bersahabat, memperhatikan aspek antar pribadi, bekerja sama, empati, dan efektif dalam bekerja. Sedangkan kebutuhan kekuasaan tampak pada seseorang yang mau untuk berpengaruh terhadap orang lain, cepat tanggap terhadap masalah, aktif menjalankan kebijakan organisasi, senang membantu orang ldengan mengesankan dan selalu menjaga prestasi, reputasi serta posisinya.
Sekarang kita coba integrasikan teori-teori yang telah dikemukakan dengan basis pendekatan integratif. Kombinasi dari dua arah gejala harapan dan kebutuhan sebagai usaha memotivasi. Berbasis pendekatan demikian, maka kita kenal tiga hal tentang motivasi kerja. Pertama, kebutuhan individu yang terpenting adalah pencapaian, kekuasaan, afiliasi, perhitungan, ketergantungan, perluasan. Kedua, motivasi kerja berkembang pada kekuatan yang diubah dalam pola kebutuhan dan kepercayaan untuk bekerja dalam organisasi. Ketiga, hasil akhir psikologis orang bekerja tidak lain kepuasan yang diperoleh dari kerja dan peranannya. Pendek kata memotivasi dilakukan dengan cara memenuhi kebutuhan dan kepuasan tenaga kerja dimana organisasi dapat menetukan sendiri pola kebutuhan dan kepuasannya tanpa mengabaikan tenaga kerja.

7 PERKARA YANG MEMBUAT ANDA BERMOTIVASI DI PAGI HARI

Tajuk: Kecemerlangan

Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur.
Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.

Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.

Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!